web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Najib Nafi Cakap 'Apa Lagi Cina Mahu?’

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 3:33PM

Najib ketika menyampaikan ucaptama pada Penang International Business and Investment Summit di Pulau Pinang hari ini. - Gambar dari Facebook Najib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGETOWN - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau pernah menyatakan 'apa lagi Cina mahu' selepas pilihan raya umum 2013, hampir sedekad lalu.

Beliau berkata, ungkapan berkenaan yang disiarkan di muka depan sebuah akhbar berbahasa Melayu telah dijadikan sebagai 'alat propaganda oleh DAP' disebabkan mukanya turut digunakan pada muka surat yang sama.

''Saya ingin mengulangi bahawa saya tidak pernah dan tidak akan menuturkan perkataan itu, yang saya anggap sangat tidak sensitif dan angkuh. Itu bukan saya,'' katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Penang International Business and Investment Summit di sini, hari ini.

Difahamkan ini adalah kali pertama Najib secara terbuka menafikan menyatakan ungkapan berkenaan. Ia menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia pada Mei 2012, yang kemudiannya telah mendapat kritikan.

Ia juga mengundang siasatan polis di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Najib turut memberitahu penduduk Pulau Pinang supaya mengingati 'janji palsu' Pakatan Harapan (PH), terutamanya untuk memansuhkan pembayaran tol, termasuk di Jambatan Pulau Pinang. Pemegang konsesi untuk jambatan pertama ialah PLUS Expressways Bhd.

Beliau menambah, pengundi Cina perlu ingat akan 'janji palsu' PH untuk memberi RM1,000 setahun kepada pelajar Tunku Abdul Rahman University College (Taruc) selepas menang pilihan raya umum 2018.

''Bukan hanya pelajar tidak mendapat RM1,000, tetapi dia memberikan tamparan hebat kepada pendidikan Cina apabila DAP mengurangkan pembiayaan kepada RM5 juta daripada RM30 juta yang diberikan kerajaan Barisan Nasional kepada Taruc semasa saya menjadi Perdana Menteri,'' katanya tanpa menyebut nama.

''Ini hanyalah sebahagian daripada janji palsu manifesto palsu mereka. Cukuplah dengan itu, kerana saya pasti anda sudah sedia maklum.

Najib turut menjanjikan ekonomi negara kembali kukuh, selain kembalinya pelabur asing jika BN kembali berkuasa dengan majoriti yang kukuh.

''Ramai orang Cina memberitahu saya bahawa mereka melihat dengan mata mereka sendiri dan telah merasaikan bagaimana ekonomi susut selepas PRU14.

''Mereka beritahu saya bahawa ini adalah salah kerajaan PH dan bagaimana kerajaan PH menganiaya masyarakat Cina dengan tuntutan cukai pendapatan yang tidak adil untuk menebus kehilangan hasil GST,” dakwanya.

Najib menjejakkan kaki ke negeri itu buat kali pertama sejak 2019.

Beliau mendapat sambutan hangat dan disambut dengan kain rentang “Bossku” di sekitar bandar manakala sekumpulan penyokong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, malam tadi.

Najib turut mengunjungi tempat makan di Weld Quay, Jelutong, Bukit Mertajam dan Machang Bubok sebelum menghadiri makan malam pada persidangan itu nanti.

Selain itu, Najib akan bertemu dengan kepimpinan UMNO esok sebelum mengunjungi salah satu restoran India Muslim paling tua di situ. - The Vibes, 15 Mac 2022

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Tidak Hadir Prosiding Sebutan Kes

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 21 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL