web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR: Rafizi, Anwar ‘Gabungan Terbaik' - Nik Nazmi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 4:12PM

Nik Nazmi Nik Ahmad - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik namun Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menafikan cakap cakap mengenai krisis dalaman menjelang pemilihan parti itu bulan depan.

Sebaliknya beliau berkata, Rafizi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghasilkan 'gabungan terbaik' dan kepimpinan parti memerlukan 'perubahan'.

''Dengan Anwar sebagai ahli politik yang mempunyai banyak pengalaman ketika dalam kerajaan, beliau telah memberikan sumbangan yang besar bukan hanya kepada politik pembangkang malah kepada politik berbilang kaum di negara ini.“

''Anwar berumur 75 (tahun) dan Rafizi 45. Jadi, Anwar lebih kepada seorang 'diplomat' (dalam PKR), dan Rafizi adalah seorang yang berterus terang dan lantang.

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

Anwar telah mengekalkan jawatan Presiden tanpa bertanding, manakala Rafizi berdepan dengan Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan nombor dua dalam parti.

Pemilihan parti dijadualkan pada 13 Mei hingga 18 Mei ini.

Nik Nazmi yang mengakui memberikan sokongan kepada Rafizi berkata, pertandingan Timbalan Presiden tidak akan menjadi pertarungan sengit seperti pemilihan sebelum ini, tetapi ia merupakan persaingan dalam keluarga PKR.

''Sokongan terbuka saya kepada Rafizi, yang membawa saya ke dalam parti, dilakukan dengan menghormati Saifuddin

“Saya tidak fikir ia adalah perlawanan, tetapi lebih kepada persaingan dalam keluarga Keadilan (PKR). Saya tidak melihatnya sebagai masalah kerana ia adalah mengenai strategi dan pendekatan yang berbeza.''

Nik Nazmi juga mengulangi sokongannya kepada Anwar, sambil menafikan wujudnya 'pertembungan proksi' antara penyokong setia Presiden dan kem lain

Dalam pada itu, Nik Nazmi akan merebut salah satu daripada empat jawatan Naib Presiden serta mempertahankan jawatan ketua cabang Setiawangsa.

17 calon lain yang turut bertanding merebut jawatan Naib Presiden adalah Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, Chang Lih Kang, Fuziah Salleh, Datuk Seri Amirudin Shari, Farhash Wafa Salvador and Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Manakala pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki Aksan juga bertanding untuk menerajui Setiawangsa.

Menurut Nik Nazmi, beliau yakin dapat mengekalkan jawatan bahagian namun mengalu-alukan keputusan Afdlin untuk bertanding di situ kerana ia mewarnai pemilihan berkenaan.

Pada 2018, Rafizi telah bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hingga menyaksikan persaingan sengit dan berpuak-puak,  yang hampir memecahbelahkan parti. - The Vibes, 23 April 2022

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran