web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wanita UMNO Titiwangsa Nafi Desak Noraini Berundur

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 3:03PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa menafikan wujud gesaan daripada pihaknya supaya Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berundur daripada mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti akan datang. 

Ketuanya, Datuk Mar Dg Matrok berkata, individu bernama Azwati Abdul Halim yang dipetik sebagai jurucakap dalam laporan sebuah portal berita tempatan berhubung gesaan itu adalah tidak benar dan hanyalah tuduhan fitnah semata-mata. 

Menurut beliau, ini kerana individu tersebut bukan pemegang jawatan Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa.

“Saya amat dukacita dan kecewa dengan laporan yang tidak bertanggungjawab yang sangat jelas tidak mengikut etika kewartawanan yang memerlukan ketelusan dan ketepatan sesuatu berita.

“Laporan terbabit dilihat mempunyai unsur yang tidak sihat. Saya amat menghormati tugas seorang wartawan dalam mendapatkan berita. 

“Namun, wartawan dan semua pihak perlu sedar kebebasan dalam menulis bukanlah mutlak tetapi tertakluk kepada tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan, Wanita UMNO Titiwangsa menggesa Noraini berundur supaya beliau dapat bertanggungjawab atau memperbetulkan salah laku sepanjang mengetuai sayap itu.

Laporan berkenaan memetik kenyataan individu bernama Azwati, yang didakwa daripada Wanita UMNO bahagian itu.

Beliau berkata, sebagai ketua, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong seharusnya mendengar masalah dihadapi anak buahnya dan bukannya menjauhkan diri.

Kelmarin, dilaporkan majoriti Ketua Wanita UMNO Bahagian dilaporkan mahu mantan ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO selepas pemilihan parti itu bulan depan.

Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, dipetik berkata seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.

Jelasnya, reputasi dan legasi Shahrizat semasa menjadi menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkannya. - Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Sokong Usaha Malaysia Jadi Peneraju Pengukuhan Sistem Timbang Tara - Wanita UMNO

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wan Hassan Dilantik CP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tan Sri Shahrizat, Tidak Terkurang Hormat, Sayang Saya Terhadap Tan Sri - Noraini

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

Semasa 23 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Sukan 7 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut