web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akmal Jauh Mendahului Saingan Ketua Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 5:09PM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, mendahului tiga pencabarnya dalam misi merebut jawatan itu pada pemilihan parti hari ini.

Menerusi maklumat diterima Getaran daripada sumber, setakat jam 4.15 petang tadi, keputusan tidak rasmi bagi saingan jawatan itu menunjukkan Ketua Pemuda UMNO Jasin itu mendahului jauh dengan 57 undi daripada 62 bahagian.

Pencabarnya, mantan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah hanya mendapat dua sokongan, iaitu Batu Kawan dan Port Dickson.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah memperoleh undi daripada tiga bahagian, iaitu Tawau, Papar, Jeli, manakala Meor Hassan Mat Ali, belum mendapat sebarang undi.

Mana-mana calon yang memperoleh lebih 96 calon akan memenangi persaingan itu, sekali gus dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO baharu, bagi menggantikan kedudukan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang diadakan hari ini, menyaksikan 189 bahagian memilih pemimpin jawatan itu yang akan mewakili mereka.

Turut berlangsung hari ini adalah pemilihan Wanita dan Puteri – Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

2

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia