web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 12:54PM

Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN – Sebutir bom mortar berukuran 60 milimeter Practice Inert ditemukan di dalam rumah sewa tidak berpenghuni di Taman Bukit Tembakau, Merlimau, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi berkata bom digunakan untuk latihan dan disahkan tidak mengandungi bahan letupan itu ditemukan seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan jiran kepada pemilik rumah berkenaan.

Beliau berkata lelaki itu telah diminta oleh pemilik rumah iaitu wanita berusia 65 tahun untuk membantu membersihkan barangan peribadi milik bekas penyewa premis itu yang ditingggalkan hampir tujuh bulan lepas.

"Semasa mengemas, lelaki itu menemukan objek menyerupai bom mortar dan menghantar gambar kepada pemilik premis dan pemilik premis kemudian membuat laporan polis pada 7.58 malam hari sama.

"Bertindak atas laporan itu, anggota cawangan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bergegas ke rumah berkenaan pada 8.45 malam dan mengesahkan penemuan bom mortar terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bom berkenaan kemudian diambil oleh pihak UPB dan dibawa ke IPK Melaka untuk tindakan pelupusan.

Menurut Ahmad Jamil sebelum ini rumah teres setingkat itu disewakan kepada seorang lelaki yang bekerja di negeri itu sejak 2022 sebelum meninggalkan rumah berkenaan pada Januari lepas dan premis itu tidak disewakan kepada individu lain hampir tujuh bulan.

Pemilik rumah terbabit, katanya tidak berhubung dengan penyewa berkenaan sehingga kini dan polis sedang mengesan lelaki itu untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Jadi Wakil Rakyat, Cuti Ke Raya Kerja Tetap Macam Biasa’ – Dr Akmal

2

Politik 1 tahun yang lalu

Tidak Rasmi: Dr Akmal Menang Jawatan Ketua Pemuda UMNO

3

Politik 1 tahun yang lalu

Akmal Jauh Mendahului Saingan Ketua Pemuda UMNO

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia