web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Rasmi: Dr Akmal Menang Jawatan Ketua Pemuda UMNO

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 10:16PM

Dr Muhamad Akmal Saleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi sesi 2023-2026 berdasarkan keputusan tidak rasmi sebentar tadi - Gambar Facebook Dr Akmal Saleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi sesi 2023-2026 berdasarkan keputusan tidak rasmi sebentar tadi.

Keputusan tidak rasmi itu dimaklumkan mantan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Twitter.

Setakat kira-kira 30 minit lalu, Dr Muhamad Akmal melepasi majoriti mudah 96 undi, sekali gus boleh melayakkan beliau menduduki jawatan orang nombor satu sayap UMNO berkenaan.

“Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk Sesi 2023-2026.

“Setakat ini sudah melepasi majoriti mudah 96 bahagian daripada 191. Tahniah!,” tulisnya.

Berdasarkan paparan ‘Keputusan Terkini Undi’ dikongsikan beliau itu juga, Dr Akmal Salleh memperoleh 102 undi.

Manakala, dua pencabarnya, mantan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, masing-masing memperoleh 15 dan enam undi.

Selain Mohd Shahar dan Armand Azha, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin bersaing dengan Meor Hassan Mat Ali dalam misi merebut jawatan itu pada pemilihan parti kali ini.

Mana-mana calon yang memperoleh lebih 96 calon akan memenangi persaingan itu, sekali gus dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO baharu, bagi menggantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang diadakan hari ini, menyaksikan 189 bahagian memilih pemimpin jawatan itu yang akan mewakili mereka.

Turut berlangsung hari ini adalah pemilihan Wanita dan Puteri. – Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

3

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia