web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 Calon MKT UMNO Mendahului Dengan 6 Undi 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 6:24PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai enam calon bersaing merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendahului dengan masing-masing meraih enam undi setakat jam 5.30 petang tadi.

Enam calon tersebut ialah, Datuk Seri Ahmad Maslan; Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Datuk Dr Shaik Hussein Mydin; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dr Shamsul Anuar Nasarah
Dr Shamsul Anuar Nasarah

Berdasarkan paparan keputusan yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Azian Osman; Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin pula masing-masing memperoleh lima undi. 

Isham Jalil
Isham Jalil

Sementara itu, Isham Jalil; Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Datuk Mohd Razlan Rafii; Datuk Lokman Noor Adam; Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi; Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah; masing-masing meraih empat undi.

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

Manakala Datuk Seri Jalaluddin Alias; Datuk Seri Dr Md Ali Che Ahmad; Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; Datuk Zakaria Dullah serta Datuk Johan Abd Aziz pula mendapat tiga undi, setakat ini. 

Dalam pada itu, 10 lagi calon bertanding jawatan berkenaan memperoleh dua undi manakala 18 yang lain hanya meraih satu undi.

Berdasarkan rekod, seramai 95 individu bersaing bagi merebut jawatan ahli MKT UMNO pada pemilihan parti itu yang berlangsung di seluruh negara, hari ini.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lepas.

Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT). - Getaran, 18 Mac 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia