web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perpaduan Secara Dasar Setuju Sedia Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 3:20PM

Ahmad Zahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Kerajaan Perpaduan secara dasarnya bersetuju menyediakan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang namun ia hanya untuk perbelanjaan pentadbiran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perkara itu sedang dimuktamadkan, dengan perbincangan sedang dijalankan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan pihak berkaitan, dan pengumuman mengenainya akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di peringkat awal ini, kita telah bersetuju untuk perbelanjaan pentadbiran,” katanya kepada pemberita semasa program tinjauan mesra di Desa KEDA Sadek di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas ditanya mengenai sama ada kerajaan bersedia untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Sebelum ini, Fadillah dilaporkan media sebagai berkata bahawa tiada syarat ditetapkan ketika rundingan awal bersama wakil Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata proses pembahagian kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah hampir selesai.

“Kita hampir memuktamadkan pembahagian kerusi itu untuk negeri Kedah. Lain-lain negeri (lima negeri lagi yang akan terlibat dalam PRN) apabila saya berada di negeri berkenaan (untuk umumkan tentang pengagihan kerusi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah 'Tahan' Peruntukan Kepada Negeri-Negeri, Termasuk Terengganu - PM

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Kesian Pak Cik, Kan Dah Terlentang

4

Politik 7 bulan yang lalu

Salur Peruntukan Kepada ADUN Pembangkang, Kerajaan Negeri Selangor Dianggap ‘Tersilap Langkah’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia