web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ka Siong Letak Jawatan Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 5:22PM

Wee Ka Siong (tengah) mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bahagian Johor Bahru hari ini. - Gambar dari Facebook Wee Ka Siong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini melepaskan jawatan Pengerusi Bahagian Johor Bahru yang telah disandangnya sejak 30 tahun lalu.

Perkara itu diumumkan oleh beliau menerusi laman Facebook.

Serentak dengan itu, Ka Siong turut mengesahkan tidak akan bertanding untuk mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menegaskan, baton tugas akan diserahkan kepada pengerusi baharu yang dipilih oleh ahli parti untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

"Hari ini saya telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Johor Bahru dan tidak akan bertanding untuk mempertahankannya dalam pemilihan parti kali ini.

"Perjalanan karier politik saya tidak semuanya berjalan lancar dan saya telah melalui pelbagai cabaran, pasang surut dalam politik untuk saya berada di tempat sekarang.

"Sejak saya menyertai bahagian ini, rakan-rakan dari bahagian Johor Bahru sentiasa menyokong saya. Tidak kira sejauh mana atau setinggi mana saya mendaki, bahagian MCA Johor Bahru akan sentiasa kekal sebagai rumah saya," katanya.

Ka Siong memberitahu, MCA Johor Bahru telah menyaksikan banyak detik penting termasuk perkahwinannya dan kejayaan beliau bergelar jurutera bertauliah.

"Ramai rakan dari bahagian ini telah berkongsi semua peristiwa penting itu hinggalah saya diberi amanah memimpin parti.

"Setinggi penghargaan saya ucapkan kepada semua yang telah memberi kerjasama baik dan berkongsi perjalanan indah ini bersama saya. Sekali lagi, terima kasih tidak terhingga dari lubuk hati saya atas sokongan dan dorongan semua selama ini," katanya. 

Jawatan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru kini disandang Bong Seng Heng selepas meraih 152 undi berbanding pencabarnya, Ang Boon Heng yang menerima 45 undi. - Getaran, 11 Jun 2023

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 23 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Politik 23 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri