web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2023 9:25AM

Petugas PN ini memasuki kawasan masjid untuk mengedar risalah kempen - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pernah dikecam hebat kerana didakwa berkempen di dalam masjid.

Ketika itu, kem pembangkang yang diterajui Perikatan Nasional (PN) begitu ‘aktif’ memetik peraturan yang melarang masjid dan surau dijadikan lokasi ceramah politik.

Serangan dan kecaman datang bertali arus, walaupun ada saksi tampil menyatakan kebenaran.

Meskipun sudah dijelaskan bahawa Fahmi tidak berkempen, sebaliknya memberi penerangan berhubung aksi biadab penyanyi kumpulan The 1975 dan tindakan diambil kerajaan, pembangkang tetap tidak peduli.

Kenyataan menteri terbabit diputar belit, hingga mendorong campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Lebih sebulan dan bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pula mengambil alih.

Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih dan pembangkang kali ini nampaknya ‘cakap tak serupa bikin’. 

Tuduhan yang mereka lemparkan kepada Fahmi bulan lalu kelihatannya sudah berpaling ke diri sendiri.

Seorang ahli PN ‘tertangkap basah’ sedang mengedar risalah di kawasan masjid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

@nukilanrakyat

Haritu org Kerajaan bagi flyer kempen terok kena kecam , kali ni kita tengok pulak walaun & walauntit cakap apa bila puak dorang buat benda yang sama.

♬ original sound - Pelangai Bijak

Tindakan itu jelas satu kesalahan kerana larangan berkempen di masjid atau surau itu mencakupi pengedaran atau pemberian sebarang bahan atau risalah parti.

Aksi wanita berkenaan turut dimuat naik di TikTok oleh akaun Pelangai Bijak.

“Hari tu cakap tak boleh berkempen dalam masjid, tapi akak ni buat apa? 
Edar flyers Hello Telco ke? 

“Aduhlah Kak, cakap orang macam-macam bila berkempen dalam masjid. Masjid tempat itulah, masjid tempat ibadahlah, masjid bukan tempat berpolitiklah. Tapi bila korang buat, apasal boleh pulak,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, tindakan jentera PN itu nyata mengundang cemuhan ramai.

Akaun @anakwatan5728 misalnya menyelar tindakan pemimpin PN yang memburuk-burukkan pihak lain ketika berkempen.

“Datang rumah ugut rakyat tentang DAP, bukan cerita apa misi dia untuk Pelangai,” katanya, sinis.

Akaun @zaidiokok123 pula berkata, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang.

“Nak menang sanggup buat apa sahaja asal menang. Tapi aku yakin rakyat dah mula sedar,” katanya.

Alam Haslam pula berkata, PN akan menggunakan naratif Islam terancam sekiranya dikenakan tindakan oleh pengurusan masjid kerana berkempen di situ.

“Bila pihak masjid halau, gaduh kata Islam terancam. PNkhianat Nasional,” katanya. 

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai diadakan susulan kematian luar jangka penyandang, Datuk Seri Johari Harun, yang terkorban apabila pesawat dinaikinya terhempas di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Hari pengundian PRK Pelangai ditetapkan pada 7 Oktober nanti. - Getaran, 30 September 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Hebat Awak Dik!

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

3

Politik 2 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 15 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands