web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Memang Kami Bersyukur' - Sabri Yunus, Ardini Gembira Terima Tajaan Umrah

Tawaran tersebut hadir ketika dia menaiki lif untuk ‘fitting’ baju resepsi di Hotel Grand Barakah dan melihat iklan untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 9:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah perkahwinan pelakon dan pengarah, Sabri Yunus serta masih hangat diperkatakan, malah rezeki untuk pasangan ini terus mencurah-curah.

Bukan sekadar menerima tajaan untu tujuh majlis resepsi, mereka turut dihadiahkan dengan pakej menunaikan umrah.

Menurut sebuah hantaran video di Tiktok @malaysianuodatenews, Ardini berkata, tawaran tersebut hadir ketika dia sedang menaiki lif untuk sesi mencuba baju resepsi di Hotel Grand Barakah dan ternampak iklan untuk mengerjakan ibadah tersebut.

“Ketika berada dalam lif hotel itu ada banner pakej umrah yang beritahu harganya RM7,000 dan umrah cuti RM9,000. Dalam hati ketika itu saya kata, umrah pun ada umrah cuti ke?

“Jadi terlintas di fikiran saya kenapa semua orang bagi saya (tajaan) resepsi , kenapa tak ada orang ingin sponsor saya umrah,’ katanya.

Difahamkan, tidak sampai 24 jam, Sabri telah didatangi seorang pesara tentara dikenali sebagai Mejar Wahab yang memberitahu ingin menaja kedua mempelai tersebut menunaikan umrah.

“Masa bercakap itu (berkenaan umrah) hanya kami berdua sahaja. Apabila terima panggilan dari pihak itu, isteri kata semalam baru terlintas. Dia macam tak percaya, Allah dengar dan kabulkan impian kami dalam tempoh tak sampai 24 jam.

“Memang kami bersyukur. Yang menariknya, kami ke Barakah pada 1 November untuk ‘fitting’ baju semasa resepsi. Di situ, Ardinie tengok poster-poster berkenaan umrah. Isteri kata kalau ada orang taja umrah pun bagus,” kata Sabri

Untuk info,vpasangan dua mempelai ini mempunyai tiga lagi kenduri yang bakal diraikan selain satu lagi majlis yang akan diadakan di kampung halaman Sabri di Kelantan tidak lama lagi. - Getaran, 9 November 2023

Sumber gambar: Tiktok @malaysianuodatenews

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

Dengan tiket masuk berharga RM80, penonton yang hadir akan berpeluang untuk bergelak ketawa sehingga tidak kering gusi bersama kenalan-kenalan baharu.

oleh Wartawan Hiburan Getaran