web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dr Noor Hisham Ingatkan Penerima Vaksin 'Jangan Salah Guna'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:18AM

Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan mereka yang sudah lengkap vaksin supaya tidak menyalahguna kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin supaya tidak menyalahgunakan hak istimewa atau kelonggaran sekatan yang diberikan oleh kerajaan.

Dalam satu paparan di akaun Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata sekiranya masyarakat leka, segala kerja keras dan keuntungan yang dicapai akan sia-sia serta berkemungkinan menyebabkan negara menghadapi satu lagi “pertempuran” dengan virus COVID-19.

"Kita perlu ingat masih ada sebahagian daripada populasi di negara ini belum divaksin. Mereka ini mudah terkena jangkitan COVID-19.

''Kita perlu memastikan kadar transmisi serendah mungkin bagi mencegah penyebaran varian atau munculnya varian baharu," katanya. 

Selain itu, beliau mengingatkan individu yang disahkan postitif COVID-19 atau menjadi kontak rapat kepada kes positif supaya segera menjalani pengasingan atau kuarantin agar tidak mendedahkan orang lain terhadap risiko jangkitan.

Sementara itu, dalam hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata varian Delta COVID-19 boleh membiak di dalam hidung orang yang telah divaksin sama seperti keadaan mereka yang tidak divaksin langsung, menurut kajian awal dalam kes jangkitan selepas divaksin.

Dr Noor Hisham berkata kajian sebelum ini di India; Provincetown, Massachusetts, Amerika Syarikat dan Finland menunjukkan jangkitan varian Delta selepas divaksin, memungkinkan paras kewujudan virus yang tinggi di dalam hidung manusia sama ada mereka divaksin atau tidak. 

“Virus yang membiak itu boleh berjangkit sebagaimana mereka yang tidak divaksin, bermakna mereka yang sudah divaksin boleh merebakkan virus ini dan menjangkiti yang lain, “katanya.

Dr Noor Hisham berkata biarpun kemungkinan jangkitan kepada mereka selepas divaksin boleh menjangkiti yang lain, individu yang sudah divaksin masih lagi terlindung daripada jangkitan dan  bahaya kematian.

“Tambahan pula ia mengurangkan kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi. Oleh itu tolong dapatkan suntikan vaksin,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut