web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir: RM800,000 Untuk Baik Pulih 2 Ban Pecah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:31AM

Dua lokasi ban yang pecah sepanjang 30 dan 10 meter itu telah mengakibatkan banjir dan memberi kesan kepada kira-kira 400 infrastruktur termasuk rumah, sekolah dan ladang sawit penduduk. - Gambar dari Facebook Dato Dr. Haji Noor Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Peruntukan khas sebanyak RM800,000 diperlukan untuk membaik pulih dua ban Rancangan Tebatan Banjir Kerian di Sungai Sama Gagah yang pecah akibat dilanda banjir semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Zolkafly Harun berkata peruntukan tersebut bagi membolehkan Jabatan Pengairan dan Saliran menguatkan struktur ban sepanjang dua kilometer itu bagi menyekat pengaliran air.

Beliau berkata dua lokasi ban yang pecah sepanjang 30 dan 10 meter itu telah mengakibatkan banjir dan memberi kesan kepada kira-kira 400 infrastruktur termasuk rumah, sekolah dan ladang sawit penduduk yang dinaiki air.

"Sebagai langkah awal, pemasangan cerucuk bagi menyekat aliran air sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam tempoh dua hari. Tindakan segera ini bagi mengelakkan limpahan banjir berterusan," katanya dalam sidang media selepas melawat lokasi ban pecah dan pusat penempatan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu semalam.

Kedua-dua ban pecah susulan hujan lebat selama dua hari di Larut dan menurut Zolkafly, ia merupakan insiden banjir besar kedua yang melanda kawasan itu selepas 2003.

Beliau juga berkata laluan di antara Alor Pongsu-Selama di Jalan FT 1471, Kampung Matang Tengah ditutup kepada lalu lintas selepas ditenggelami air sedalam 0.5 meter yang boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

PLUS Malaysia Berhad, menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi, turut memaklumkan Hentian Sebelah Alor Pongsu di kedua-dua arah masih ditutup kepada semua kenderaan susulan banjir di kawasan itu.

Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pula berkata penduduk di Mukim Beriah yang terlibat dengan banjir dinasihat agar berpindah ke PPS berhampiran demi keselamatan mereka.

Beliau berkata penduduk juga tidak perlu takut dengan risiko penularan COVID-19 kerana mereka yang bergejala dan merupakan kontak rapat diasingkan di dalam bilik khas.

"Langkah itu dibuat kerana kita bimbang varian Delta merebak dengan cepat," katanya dalam sidang media selepas melawat PPS di SK Alor Pongsu dan SK Changkat Lobak semalam.

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata demikian mengulas kebimbangan penduduk terhadap jangkitan COVID-19 untuk berpindah ke PPS terbabit. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad