web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Enggan Patuh SOP, Sektor Kesihatan Sarawak Berpotensi Lumpuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 4:12PM

Kes COVID-19 yang direkodkan hari ini bagi Sarawak adalah 1,543. - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Perkhidmatan kesihatan Sarawak dibimbangi akan lumpuh sekiranya orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), sekali gus menyebabkan kes semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, penduduk negeri ini sebenarnya bernasib baik kerana kadar vaksinasi yang tinggi amat membantu dalam menurunkan jumlah jangkitan.

Menurut beliau, orang ramai seharusnya mematuhi segala SOP ditetapkan, kerana bilangan katil di hospital untuk menampung kemasukan pesakit, khususnya di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) berpotensi dipenuhi dengan cepat.

"Sekiranya katil di wad atau PKRC sedia ada dipenuhi pesakit, Jabatan Kesihatan akan berdepan kesukaran, termasuk untuk mendapatkan tambahan peralatan perubatan dan petugas.

"Aktiviti pengesanan kes dan kontak akan turut meningkat, dan jika ia melebihi kapasiti sistem kesihatan awam sedia ada, ini mungkin mempengaruhi aspek rawatan dan hal berkaitan,” katanya.

Justeru Dr Mohamed Sapian berkata, masyarakat di Sarawak perlu memainkan peranan dan lebih bertanggungjawab dalam semua usaha pandemik berkenaan.

"Kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting, pastikan pelitup muka sentiasa dipakai, penjarakan fizikal diamalkan.

"Bagi pekerja, sekiranya kurang sihat, jangan turun bekerja, lindungi kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun dengan tidak  membawa mereka ke tempat awam atau elakkan menjangkiti sesiapa yang berada di rumah,” katanya.

Sarawak jelas beliau lagi, merekodkan 1,538 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 99,838.

"Peningkatan bilangan kes harian melebihi seribu ini bermula sejak 12 Ogos dan berlaku enam hari berturut-turut selepas itu, bermula 18 Ogos lalu.

 "Sebanyak 615 kes baharu telah dilaporkan di daerah Kuching, Serian (129), Lundu (115), Samarahan (103) dan 102 lagi di Pusa,” katanya.

Dr Mohamed Sapian berkata, Kuching turut merekodkan tiga kematian, manakala satu lagi dicatatkan di Daro, semalam.

"Daripada keseluruhan kes harian dilaporkan, majoriti terdiri daripada kategori satu dan dua yang melebihi 99 peratus, manakala kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICUP mencecah hingga 40 peratus,” katanya.

Difahamkan, sebahagian besar kes harian yang direkodkan berlaku ke atas golongan yang masih belum layak menerima suntikan iaitu individu berusia di bawah 10 tahun. - Getaran, 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad