web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berang Dengar Tangisan Anak Saudara, Pesakit Mental Tikam Bapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 11:20PM

Seorang warga emas cedera selepas ditikam anaknya yang merupakan pesakit mental di Pasar Bachok, pagi tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Berang dengan tangisan anak saudaranya, seorang pemuda bertindak luar dugaan apabila memukul dan menikam bapanya menggunakan pisau, dalam kejadian berdekatan Pasar Bachok di sini, pagi tadi.

Insiden pada jam 11 pagi itu menyebabkan mangsa, Azmail Mohd Salmon, 66 cedera di beberapa bahagian tubuh, termasuk leher dan kepala.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, suspek, seorang pesakit mental berusia 28 tahun mengamuk apabila mangsa yang juga pesara kerajaan gagal meredakan tangisan cucunya.

Menurut beliau, maklumat diterima menyatakan, mangsa pada mulanya dipukul suspek, sebelum keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila dia bertindak mengambil sebilau pisau bertangkai hitam dari dapur.

"Berdasarkan keterangan saksi iaitu cucu mangsa yang berusia 16 tahun, suspek naik berang apabila anak saudaranya, seorang kanak-kanak berumur empat menangis tanpa henti.

"Saksi cuba menghalang suspek dari memukul mangsa namun gagal, sebelum melihat datuknya itu ditikam beberapa kali di bahagian kepala," katanya kepada Getaran di sini malam tadi.

Mohamad Ismail berkata, remaja terbabit yang ketakutan bertindak melarikan diri ke bahagian atas rumah dan meminta pembantu rumahnya melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Seorang lagi anak mangsa yang ketika itu berada di Beris Kubur Besar memaklumkan, bapanya sempat membuat panggilan telefon untuk melaporkan kejadian tersebut.

"Sebaik lelaki terbabit pulang, dia mendapati suspek sedang berdiri berhampiran mangsa yang terbaring sambil berlumuran darah," katanya.

 Mohamad Ismail berkata, abang suspek kemudian mengarahkan adiknya itu meniarap di atas lantai, sebelum mengejarkan bapa mereka ke Klinik Kesihatan Bachok bagi menerima rawatan.

"Suspek yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak lima tahun lalu ditahan untuk tindakan lanjut dan polis turut merampas sebilah pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter.

"Punca kejadian ialah mangsa tidak suka mendengar tangisan kanak-kanak berkenaan," katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan. - Getaran, 24 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad