web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri Kongsi Eksperimen Sosial Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 11:28PM

Polis menahan pasangan suami isteri yang berkongsi eksperimen sosial mereka memasuki beberapa premis dan kedai makan walaupun tanpa dos lengkap vaksin COVID-19, di Klang. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri yang berkongsi eksperimen sosial mereka memasuki beberapa premis dan kedai makan walaupun tanpa dos lengkap vaksin COVID-19, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata, pasangan berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2 di Klang pada jam 5 petang.

Penahanan terbabit, katanya, dibuat susulan aduan yang berhubung tindakan pasangan berkenaan.

“Perkongsian pemilik akaun terbabit turut mendatangkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam.

“Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil," katanya menerusi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di Facebook tangkap layar menggunakan nama akaun Mujaheeda Soleha yang didakwa milik wanita berkenaan, menceritakan tindakannya dan suami mencuba nasib memasuki premis perniagaan walaupun tidak melengkapkan dos vaksin masing-masing.

Dia dilihat bangga dan puas hati berkongsi kejayaan mereka melepasi beberapa ‘pintu premis’, termasuk menikmati makanan di dalam restoran tanpa sebarang masalah.

Tindakan pasangan itu yang turut membawa anak kecil ketika masuk ke premis makanan, dikecam hebat sehingga wanita terbabit tersebut terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

“Orang ramai diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai usaha bersama membendung penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Kerajaan kini memberikan kelonggaran aktiviti pergerakan sosial kepada individu yang sudah lengkap vaksin COVID-19 di negeri Fasa 1 dan Fasa 2, termasuk dibenarkan makan di dalam premis, bersukan dan beriadah.

Proses vaksinasi dianggap sudah lengkap selepas 14 hari menerima suntikan kedua, bagi imunisasi jenis dua dos.

Manakala, bagi jenis vaksin satu dos, ia dianggap lengkap selepas 28 hari, bernula dari tarikh suntikan. - Getaran, 24 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad