web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Penggalak Tak Mampu Halang Varian Delta - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 12:29PM

Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemberian vaksin terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak kepada mereka yang telah lengkap vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian dos penggalak atau booster dose kepada mereka yang telah lengkap vaksin tidak akan membantu mengawal penularan varian Delta, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Penularan varian itu sebaliknya jelas beliau, dapat dikawal menerusi pengambilan vaksin seperti disarankan pihak berkuasa kesihatan.

"Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

"Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat," katanya di sini hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, keutamaan akan diberikan kepada individu yang belum menerima vaksin COVID-19 berbanding pemberian dos penggalak bagi mereka yang sudah melengkapkan proses imunisasi masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan, satu kajian baharu mendapati, varian Delta masih boleh membiak di dalam hidung walaupun individu terbabit sudah divaksin.

Keadaan itu adalah sama dengan apa boleh dialami oleh orang lain yang masih belum mendapatkan suntikan berkenaan.

“Kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

"Virus yang membiak itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksinasi. Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain," kata kajian tersebut.

Setakat 23 Ogos, 80 peratus penduduk di Lembah Klang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, manakala 62.3 peratus telah melengkapkan proses imunisasi masing-masing.

Data itu adalah berdasarkan bancian tahun 2010 yang tidak mengambil kira pertumbuhan penduduk dalam 11 tahun terakhir termasuk populasi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kerajaan ingin mempercepatkan kadar vaksinasi di Lembah Klang yang mencatatkan kadar tertinggi penularan COVID-19, berikutan penularan varian Delta. - Getaran, 26 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut