web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Tak Beri Tauliah Mengajar Agama Pada Ahli Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 1:06PM

Sidang DUN Selangor hari ini dimaklumkan bahawa kerajaan negeri tidak memberikan tauliah mengajar agama pada ahli politik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini bahawa permohonan tauliah mengajar agama Islam tidak akan diberikan kepada individu berstatus ahli politik di negeri ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara tersebut telah diperkenankan Ahli Dewan Diraja Selangor dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor (Mesyuarat Diraja Selangor Bilangan 15) yang bersidang 4 Mac 2019. 

Amirudin menjelaskan Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 6 April 2021 juga memutuskan mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah mengajar dan masih berkuat kuasa, dikekalkan hingga tamat tempoh sah tauliah dengan bersyarat.

Katanya syarat tersebut ialah individu tersebut perlu menyampaikan ceramah tanpa menyentuh isu-isu politik kepartian, mengaitkan individu tertentu dan menyebar fitnah, selain dapat menjaga akhlak dan kemuliaan masjid serta surau sebagai pusat ilmu dan dakwah setempat.

“Tempoh tamat (tauliah mengajar) adalah setahun sehingga dua tahun dari tarikh kelulusan tauliah dikeluarkan. Jadi jika ada yang mahu memperbaharui semula tauliah tersebut, semua yang mempunyai jawatan jelas dalam politik tidak dibenarkan menyambung tauliah masing-masing,” katanya.

“Seramai 31 ahli politik masih memegang tauliah mengajar agama dan sah sehingga tamat tempoh mereka di Selangor,” katanya yang menjawab soalan Syamsul Firdaus Mohamed Supri (PH-Taman Medan) pada persidangan DUN Selangor di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.

Syamsul Firdaus ingin mengetahui sama ada individu berstatus ahli politik tidak akan diberikan tauliah mengajar dan jumlah ahli politik yang pernah atau masih memegang tauliah mengajar agama Islam di negeri ini.

Sementara itu, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud  berkata sejumlah 191 kes keganasan rumah tangga dari bulan Januari hingga Mei lalu didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk diberi bimbingan dan runding cara.

Katanya jumlah itu melibatkan 69 kes bagi daerah Petaling; Hulu Langat (38),Gombak (28), Klang (16), Sepang (15), Kuala Langat (14), Kuala Selangor (enam), Hulu Selangor (tiga) dan Sabak Bernam (dua). 

Beliau menjawab soalan Haniza Mohamed Talha (Bersatu-Lembah Jaya) yang ingin mengetahui usaha dilakukan serta perancangan masa depan Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Selangor bagi menangani isu penderaan fizikal dan mental, serta jumlah kes yang telah ditangani sehingga ke peringkat memberi pembelaan kepada mangsa. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad