web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sentiasa Positif, Jaga Pemakanan, Rahsia Lelaki Tertua Kekal Cergas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 2:10PM

Seliman Bandang (tengah) bersama-sama keluarganya selepas menerima pengiktirafan Buku Rekod Malaysia sebagai lelaki tertua negara.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sentiasa berfikiran positif, menjalani kehidupan tanpa sebarang tekanan dan mengamalkan pemakanan sihat adalah antara rahsia seorang petani kekal cergas walaupun sudah berusia 111 tahun.

Dilahirkan pada 21 Mac 1910, Seliman Bandang dari Tenggalat, Saratok dekat Betong turut menerima pengiktirafan Buku Rekod Malaysia (MBR) sebagai lelaki tertua negara.

Cucunya,  Micheal Bandang Tinggai, 24, berkata, datuknya mengamalkan pemakanan sihat sejak dari muda, apatah lagi pekerjaannya memerlukan dia membanting tulang empat kerat setiap hari.

“Datuk lebih gemar makan ikan pansuh iaitu ikan yang dibakar dalam buluh berbanding ayam dan daging.

"Malah, dia suka makan sayur kampung yang direbus seperti buah labu tanpa menggunakan minyak," katanya kepada Getaran di sini.

Bagi mengekalkan kecergasan, Seliman turut mendisiplinkan diri dengan tidur pada jam 9 malam dan bangun jam 7.30 pagi setiap hari.

"Selepas bangun dia akan mengambil sarapan dengan minum teh, kadang-kadang susu bersama biskut.

"Datuk amat disenangi semua, rutin hariannya ialah bersembang bersama cucu dan cicit manakala pada sebelah petang dia akan melawat sanak-saudara berdekatan untuk berbual," ujarnya.

Michael memberitahu, neneknya yang juga isteri Seliman sudah meninggal dunia pada 1983.

"Mereka memiliki dua anak angkat, sembilan cucu dan 13 cicit.

“Tiada lain yang dapat menggembirakan datuk apabila dapat melihat semua cucu dan cicit membesar di depan mata,” katanya.

Menurut pemuda itu, datuknya antara yang bertuah apabila dapat menyaksikan segala pembangunan pesat di Sarawak

Katanya, neneknya juga sangat gembira dapat melihat pembangunan pesat di Sarawak dan negara hari ini.

"Dia sangat berbangga kerana dapat menyaksikan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Kata datuk, adalah sesuatu yang luar biasa apabila menyaksikan sedikit demi sedikit perubahan, bermula dari sebelum merdeka hingga sekarang,” katanya. – Getaran, 30 Ogos 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad