web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas Maut, Reman Pemandu Preve Dilanjutkan Seminggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 2:47PM

Tempoh reman seorang pemandu kereta Proton Preve dilanjutkan selama 7 hari lagi, bermula esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Tempoh reman seorang pemandu kereta Proton Preve yang merempuh enam motosikal di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan, di sini, 21 Ogos lalu, sehingga menyebabkan tiga lelaki maut, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata perintah sambung reman ke atas suspek yang berumur 38 tahun itu dikeluarkan Majistret A Hafiizh Abu Bakar di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini.

Katanya, pelanjutan perintah reman itu dibuat bagi membantu siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan selepas perintah reman yang sebelum ini dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai di mahkamah sama, tamat hari ini.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga 6 Sept bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes berkenaan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

“Suspek juga dipercayai memandu di bawah pengaruh dadah dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine yang akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nor Omar berkata hasil siasatan turut mendapati suspek mempunyai 37 rekod lampau iaitu 18 kes bersabit kesalahan narkotik dan 19 bersabit jenayah lain.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, lelaki berkenaan yang menaiki kereta bersama dua rakannya dikatakan hilang kawalan ke atas kenderaan terbabit sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh enam motosikal.

Kemalangan itu menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian manakala empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta itu cedera parah serta dirawat di Hospital Seri Manjung. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad