web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda Maut Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Aug 2021 4:41PM

Seorang pemuda maut selepas terkena renjatan elektrik dikediamannya di Jalan Kampung Hilir, Sibu, malam tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Seorang pemuda maut selepas terkena renjatan elektrik dikediamannya di Jalan Kampung Hilir, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam  10.27 malam tadi dan menggerakkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, anggota yang tiba di lokasi mendapati mangsa, Syazwan Saifullah Roslan,22, sudah tidak bernyawa di atas bumbung rumah.

“Mangsa dipercayai  terkena renjatan elektrik pada kabel elektrik utama.

“Pihak Bomba bertindak menghubungi pihak Syarikat SESCo Berhad (SESCo)

bagi memutuskan bekalan elektrik susulan kejadian,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Jurucakap itu, berkata, kerja-kerja menurunkan mangsa dilakukan setelah bekalan elektrik diputuskan SESCo.

“Mangsa yang diperiksa oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia