web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Berburu Secara Haram, 4 Lelaki Ditahan, 3 Bakakuk Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Sep 2021 7:41AM

PGA merampas Bakakuk dan menahan 4 lelaki dalam Op Bersepadu Khazanah (OBK) di Hutan Simpan Sipitang Ulu Tomani Tenom, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Empat lelaki ditahan dan tiga laras senapang buatan sendiri, dikenali sebagai Bakakuk dirampas susulan Op Bersepadu Khazanah (OBK) di Hutan Simpan Sipitang Ulu Tomani Tenom, kelmarin.

Rampasan dan penahanan empat suspek berusia 18 hingga 22 tahun itu dibuat  sepasukan anggota Batalion 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah kira-kira jam 11 malam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Abduh Ismail ketika dihubungi Getaran berkata, kesemua suspek dikesan ketika menaiki motosikal, dipercayai dalam perjalanan menghala ke hutan simpan berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua suspek yang tinggal di kampung berhampiran masuk ke hutan simpan berkenaan bagi tujuan berburu secara haram.

 "Dalam operasi yang turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) itu, pasukan kita turut merampas tiga laras Bakakuk bersama 17 butir peluru.

"Kita turut merampas empat motosikal yang dinaiki suspek dan nilai kesemua rampasan termasuk kenderaan itu dianggarkan berjumlah RM20,970," katanya.

 Menurut Mohd Abduh, keempat-empat suspek yang merupakan warga tempatan bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk tindakan lanjut.

Kes ini, tambahnya, disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Getaran, 1 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia