BEAUFORT - Hujan lebat berterusan di kawasan hulu Sungai Padas dan Sungai Membakut sejak kelmarin menyebabkan 60 kampung di Beaufort dan Membakut dinaiki air.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Beaufort berkata, hujan berterusan adalah antara punca air di kedua-dua sungai melimpah.
Katanya, setakat jam 9.46 pagi tadi, bacaan kedalaman air di Sungai Padas ialah 9.26 meter, sekali gus melebihi paras bahaya iaitu 8.7 meter.
Bacaan kedalaman air Sungai Membakut pula dicatatkan pada 7.36 meter yang melebihi paras bahaya iaitu pada 6.8 meter.
Selain dari kawasan kampung, 11 laluan di Beaufort dan 13 laluan di Membakut turut ditenggelami air, menyebabkan beberapa jalan utama terputus hubungan.
Antara laluan tersebut adalah Jalan Binunuk, Jalan Balibata, Jalan Simpang Empat, Jalab Melalugus, Jalan Batandok Lubak, Jalan Lawa, Jalan Suasa, Jalan Bangkalalak, Jalan Mahkamah, Jalan Luagan Sanginan, Jalan Kangsa, Jalan Berumbai dan Jalan Batu 60 di Beaufort.
Sementara itu di Membakut, laluan yang ditenggelami air ialah Jalan Bambangan, Jalan Sinoko, Jalan Simpang Kampung Poring, Jalan Bait, Jalan Baitam Ulu, Jalan Baitam Laut, Jalan Baitam Baru, Jalan Pekan Lama, Jalan Jambatan Baru, Jalan Kayai, Jalan Lampijas, Jalan Papas dan Jalan Kampung Brunei.
Setakat ini, antara kampung di Beaufort yang dilanda banjir ialah Binunuk, Balibata, Simpang Empat, Bakalau, Sungkadan, Melalugus, Batandok Lubak, Melati, Lumatai, Mempagar, Kuarters SESB Beaufort, Kuarters Kereta Api, Lawa, Lago, Suasa, Kangsa, Berumbai dan Bangkalalak.
Turut terjejas banjir ialah Batu 60, Batu 58, Jempangah, Kitalabak Lumatai, Luagan Sanginan, Laboi, Bingkul, Mapait, Limbawang, Lajau, Lubak, Poring Lupak, Lupak, Tuhu, Selinsing, Beringin, Gadong, Kebajang Ulu, Kukup, Jabang, Mentulud, Batu 64, Lupak Seberang, Kurian Padas Damit, Kebulu, Menanjung dan Kampung Cina.
Di Membakut, kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Bambangan, Sinoko, Baitam Ulu, Baitam Laut, Baitam Baru, Sindok, Jambatan Baru, Lumantak, Papas, Lampijas, Kayai, Dungau, Brunei dan pekan lama.
Bagaimanapun APM berkata, belum ada pemindahan penduduk dibuat setakat ini, namun sebuah pusat pemindahan banjir iaitu Dewan Datuk Mohd Dub Banir di Beaufort sudah dibuka bagi proses pemindahan. - Getaran, 2 September 2021