web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Benar 100 Jemaah Solat Jumaat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 4:09PM

Seramai 100 jemaah termasuk pentadbir dibenar menunaikan solat Jumaat di semua masjid di Selangor, berkuat kuasa mulai solat Subuh pagi tadi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seramai 100 orang jemaah termasuk pentadbir dibenar hadir menunaikan solat Jumaat di semua masjid di negeri ini berkuat kuasa mulai solat Subuh pagi tadi, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebooknya 'Zawawi Mughni', beliau memaklumkan ketetapan baharu itu juga membenarkan 50 orang jemaah termasuk pentadbir melaksanakan solat Jumaat di surau kebenaran solat Jumaat, manakala surau kariah serta musolla tidak dibenarkan.

Beliau memaklumkan ketetapan itu juga membenarkan solat lima waktu dilaksanakan dengan kehadiran 50 orang jemaah termasuk pentadbir di masjid, surau kebenaran solat Jumaat dan kariah serta musolla.

“Syarat jemaah (hanya kepada) ahli kariah (lengkap dua dos) yang tinggal dalam kariah (penduduk setempat) dan melaksanakan kaedah penggiliran jika jemaah lengkap dua dos melebihi kapasiti yang dibenarkan.

“Sehubungan pelaksanaan ketetapan bilangan jemaah terbaharu itu, semua aktiviti pengimarahan termasuk kuliah, ceramah, tazkirah boleh dilaksanakan secara dalam talian dari kediaman penceramah,” katanya.

Zawawi berkata akses dan kemudahan ruang solat kepada musafir, pemandu e-hailing, khidmat penghantar makanan dan pemandu kenderaan awam hendaklah terus disediakan.

Selain itu katanya pengurusan jenazah bukan COVID-19 di masjid dan surau dengan kehadiran ahli kariah atau kaum kerabat terdekat tidak boleh melebihi 20 orang serta tidak melebihi enam orang bagi jawatankuasa masjid atau surau yang akan menguruskan jenazah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia