web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiket Penerbangan Serendah RM89 Ke Langkawi, Sempena Hari Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 4:56PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines sudah bersedia menawarkan penerbangan kepada penumpang lengkap dua dos vaksin COVID-19 susulan daripada keputusan kerajaan membenarkan Langkawi dibuka kepada pelancong mulai 16 September, 2021 di bawah program gelembung perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Izham Ismail berkata Malaysia Airlines ketika ini beroperasi empat kali sehari ke Langkawi dan akan menyesuaikan kapasitinya untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

"Ini memang titik permulaan untuk mengaktifkan semula pelancongan domestik, membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan Hari Malaysia, Malaysia Airlines menawarkan tiket penerbangan pada harga serendah RM89 semua dalam satu manakala cabang operasi pelancongan Malaysia Airlines, MHholidays menawarkan pakej perjalanan (tiket penerbangan dan penginapan hotel) dengan diskaun sehingga 50 peratus.

MAG baru-baru mencapai kadar vaksinasi 100 peratus untuk semua juruterbang dan kru kabinnya, ia memberi jaminan dan ketenangan kepada para penumpangnya.

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines telah meningkatkan protokol keselamatan dan kesihatannya di kawasan lapangan terbang dan di dalam pesawat seperti yang disarankan oleh Majlis Pasukan Petugas Pemulihan Penerbangan (CART) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja dilindungi .

Antara langkah-langkah diambil ialah pemakaian pelitup muka, melakukan kerja-kerja nyahkuman secara kerap dan penggantian awal penapis Udara Partikulat Berkecekapan Tinggi (HEPA) pesawat untuk memastikan sistem pengudaraan yang berkesan yang mampu menapis sebanyak 99.97 peratus mikroorganisma di dalam pesawat.

Maklumat mengenai promosi Malaysia Airlines ini boleh diperoleh di https://www.malaysiaairlines.com/my/en.html. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia