web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mercun, Bunga Api RM1.38 Juta Dilupus 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 8:27PM

JKDM Sarawak melupuskan 9 kontena mercun dan bunga api bernilai RM 1.38 juta di lapang sasar Kem Sampadi, Lundu

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sembilan kontena mercun dan bunga api tanpa permit yang bernilai RM1.38 juta dilupuskan, bermula 16 Ogos hingga 1 September lalu oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Pengarah Kastam Negeri, Mohd Nadzri Ariffin berkata, pelupusan yang dilakukan di lapang sasar Kem Sampadi, Lundu, itu membabitkan barangan yang telah dilucut hak di bawah Seksyen 127 Akta Kastam 1967.

Menurut beliau, berat keseluruhan mercun dan bunga api itu mencecah 201,755.18 kilogram dengan nilai cukai RM 819,280.55. 

"Kes tangkapan dan rampasan mercun dan bunga api ini dikendalikan pihak JKDM Sibu,  melibatkan kesalahan tidak memiliki permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Barang kes telah dibawa dari pejabat JKDM Sibu ke lapang sasar itu melalui jalan darat dengan kawalan pengiring oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sehingga ke tapak pelupusan," katanya di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata, proses pelupusan yang dilakukan itu mendapat kerjasama serta pemantauan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Sepanjang tahun ini JKDM Sarawak melakukan 16 tangkapan kes mercun dan bunga api di Sarawak bernilai RM795,574.09 dengan jumlah cukai sebanyak RM514,791.57.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain," tegasnya. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia