web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pencemaran, 463 Kawasan Alami Gangguan Bekalan Air Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 7:28AM

Seorang penduduk di kawasan Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan membawa bekas untuk mengisi air yang disediakan oleh syarikat Pengurusan Air Selangor berikutan gangguan bekalan air pada 1 September lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 463 kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Semenyih pada 5.15 petang semalam.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata gangguan bekalan air itu meliputi lima wilayah iaitu 172 kawasan di Petaling, Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

"Kesemua kawasan yang terjejas adalah sama seperti senarai kawasan gangguan air tidak berjadual baru-baru ini dan pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Air Selangor sedang bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitar sungai itu.

Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada pengguna yang terlibat manakala sebanyak 94 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal.

Beliau berkata Air Selangor amat memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan syarikat air itu sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas. 

"Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia