web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sittah Annur Akhirnya Dicekup, Mahkamah Benar Suspek Direman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 4:16PM

Gambar ihsan IPD Brickfields

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 39 tahun disyaki ketua ajaran sesat dikenali sebagai 'Perjalanan Mimpi Yang Terakhir'  ditahan pihak berkuasa hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, suspek yang merupakan seorang wanita warga tempatan itu ditahan selepas polis menerima laporan 29 Ogos lalu, berhubung video dimuatnaik di akaun YouTube milik suspek.

Menurut beliau, pihak polis setakat ini menerima enam laporan polis berkaitan isu sama yang dibuat di lima balai polis berasingan.

"Suspek dalam kes ini sebelum ditangkap, ada membuat laporan polis bagi menafikan pembabitan dalam sebarang kumpulan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Suspek turut menafikan semua tuduhan termasuk mengambil tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya di sini hari ini.

Basri memberitahu, pihaknya turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sehelai resit pemindahan wang ke satu akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat penstriman langsung di Facebook.

“Permohonan tahanan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibuat dan dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September 2021.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama dan menyebarkan berita palsu," katanya.

Basri menambah, kes tersebut juga dibaca bersama Seksyen 233 Akta Komunikadi Dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain. - Getaran, 4 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia