web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perodua Myvi Hanyut, Mayat Mangsa Terperangkap Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 5:56PM

Kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras ini berjaya dikeluarkan dari Sungai Dambai, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU -  Seorang penumpang Perodua Myvi yang dihanyutkan arus deras di Jalan Kionsom Lama, Inanam, dekat sini, semalam, ditemui terperangkap dalam kenderaan terbabit.

Mayat Juning Maturun, 37, ditemui sebaik saja kereta tersebut berjaya dikeluarkan dari Sungai Dambai.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa iaitu pemandu kenderaan, Simon Sanga Tupe, 68, masih belum ditemui.

Perodua Myvi yang hanyut ini ditemui pada 7.20 pagi tadi
Perodua Myvi yang hanyut ini ditemui pada 7.20 pagi tadi

Pengawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Kenneth Wilfred berkata, penduduk kampung berjaya menjumpai kereta berwarna putih itu, pada jam 7.20 pagi tadi.

"Usaha mengeluarkan kenderaan terbabit mengalami kesukaran selepas ia tertimbus dengan pasir selain keadaan sungai yang keruh.

"Bagaimanapun, menerusi kerjasama semua pihak termasuk bantuan penduduk kampung, Perodua Myvi itu berjaya dikeluarkan dari sungai jam 11.28 pagi menggunakan pelbagai kaedah, termasuk menarik menggunakan jentera berat serta pacuan empat roda," katanya.

2 anggota bomba ini terlibat dalam operasi mencari kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan air.
2 anggota bomba ini terlibat dalam operasi mencari kereta Perodua Myvi yang dihanyutkan air.

Kenneth memberitahu, seorang lelaki (penumpang) ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaik kereta tersebut dinaikkan ke tebing sungai.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan pemandu kenderaan terbabit," katanya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 16 saat menyaksikan sebuah Perodua Myvi dihanyutkan arus sungai ketika cuba melalui kawasan yang dinaiki air di Jalan Kionsom, Inanam, tular di media sosial sejak petang semalam.
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia