web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Stor Simpan Ubat Dilanda Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 9:08PM

Stor penyimpanan ubat KKM musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebuah stor penyimpanan ubat-ubatan milik Kementerian Kesihatan (KKM) musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden berkenaan pada jam 11.19 pagi.

Menurut beliau, anggota yang digerakkan ke lokasi mendapati, insiden berkenaan melibatkan stor penyimpanan ubat KKM, tiga kenderaan dan sebuah motosikal milik petugas.

Keadaan stor penyimpanan ubat-ubatan milik KKM yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, hari ini.
Keadaan stor penyimpanan ubat-ubatan milik KKM yang musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, hari ini.

Turut terlibat dalam insiden berkenaan katanya, ialah tiga kenderaan dan sebuah motosikal milik orang awam.

"Tiada operasi yang dilakukan dan tiada mangsa yang terlibat dalam insiden ini dilaporkan oleh Ketua Operasi.

"Pihak JBPM hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian," katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, bomba turut menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada Ketua Kampung untuk mengarahkan penduduk mengosongkan rumah di kawasan sekitar tanah runtuh atas faktor keselamatan.

"Pihak bomba turut menyarankan polis untuk memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan insiden," katanya. - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia