web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lori Rempuh 5 Kenderaan, Pemandu Positif Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 8:29PM

5 kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori di lampu isyarat Jalan Ipoh, petang tadi. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki selamat walaupun kereta dipandunya hancur teruk dirempuh sebuah lori dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di lampu isyarat Jalan Ipoh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan lain yang berada di hadapan.

Kenderaan terbabit terdiri daripada dua Perodua Myvi dan masing-masing satu Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL yang sedang berhenti di lampu isyarat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu lori tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

“Ujian saringan alkohol terhadap pemandu lori itu didapati negatif namun lelaki berkenaan disahkan positif dadah jenis methaphetamine,” katanya hari ini.

Seorang pemandu mengalami kecederaan dalam kemalangan di Jalan Ipoh, melibatkan enam kenderaan. - Gambar dari media sosial
Seorang pemandu mengalami kecederaan dalam kemalangan di Jalan Ipoh, melibatkan enam kenderaan. - Gambar dari media sosial

Menurut beliau, pemandu Myvi berwarna kuning itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) manakala pemandu lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video nahas berkenaan turut tular di media sosial dan memaparkan dengan jelas, lori dipercayai membawa pasir itu meluncur laju sebelum merempuh lima kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat lokasi kejadian.

Turut kelihatan dalam video itu ialah keadaan sebuah Myvi yang remuk teruk dan usaha orang menyelamatkan pemandu kenderaan berkenaan. - Getaran, 6 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia