web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GRS Digesa Tingkat Segera Kadar Vaksinasi Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:08PM

Vivian Wong Shir Yee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa agar bersikap lebih proaktif dalam menangani tahap pengambilan vaksin yang masih rendah di negeri ini.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, peratusan dicatatkan itu amat membimbangkan, apatah lagi negeri tersebut masih mencatatkan kes harian COVID-19 dalam jumlah yang tinggi.

Menurut beliau, data dikeluarkan pihak berkuasa mendapati, 13 dari 26 daerah di Sabah mencatatkan kadar vaksinasi kurang daripada 30 peratus, dengan Sandakan dan Kinabatangan masing-masing hanya merekodkan 22.1 dan 13.1 peratus.

"Ini sangat membimbangkan. Apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bercakap mengenai peralihan fasa ke endemik, separuh daripada daerah di Sabah masih berjuang untuk mencapai 30 peratus vaksinasi penuh. Tidak hairanlah kes harian kita kekal tinggi.

"Tiga bulan lalu, saya telah menyatakan kebimbangan terhadap kesan buruk ke negeri ini secara sosial dan ekonomi, jika kerajaan tidak mengkaji dan menangani punca kadar pendaftaran vaksin yang sangat rendah," katanya di sini.

Kerajaan negeri bagaimanapun jelas Vivian, masih gagal mengambil sebarang tindakan agresif bagi menangani masalah itu.

"Saya telah berulang kali menyarankan agar perancangan vaksinasi komprehensif diambil untuk sebilangan penduduk tanpa kewarganegaraan atau dokumen yang tinggal di Sabah agar kita tidak menghadapi masalah.

"Kehadiran pendatang asing tanpa izin atau PATI tanpa kawalan di negeri ini juga sering membebankan dan sehingga kini, kerajaan gagal untuk tampil dengan strategi menyediakan PPV bagi golongan berkenaan," tegasnya.

Vivian turut mempersoalkan kaedah pemberian vaksin ke atas PATI, yang berdepan tindakan perundangan kerana memasuki Sabah secara haram.

"Bagaimana kerajaan mahu memastikan PATI ini melengkapkan dos suntikan masing-masing?

"Kegagalan kerajaan dalam mengawal, mengatur dan mengurus kumpulaan ini menyebabkan kita sendiri tidak tahu jumlah sebenar mereka yang tinggal di Sabah. Berkemungkinan bilangan mereka mencecah ratusan ribu," tegasnya. - Getaran, 6 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia