web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


15 PPV Di Perak Dibuka Secara 'Walk In'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:42AM

Sebanyak 15 PPV dikhaskan untuk 'walk in' khusus bagi penduduk setempat mendapatkan vaksin. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Perak diperhebatkan lagi dengan pembukaan sebanyak 15 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk orang ramai khususnya penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin secara jumpa terus.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata PPV yang terlibat adalah Stadium Indera Mulia di sini, Dewan Bandaran Kinta di Batu Gajah, Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di Slim River, Dewan Millenium Lubok Merbau di Kuala Kangsar dan Dewan Majlis Perbandaran di Sungai Siput.

"Selain itu, Dewan Mohamed Jamrah, Sungai Sumun di Bagan Datuk, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, Dewan Permai di Selama, Dewan Bandaran Teluk Intan dan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu," katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasminya semalam.

Beliau berkata PPV lain pula ialah Dewan Merdeka Lenggong, Dewan Serbaguna Gerik, Dewan Dato’ Zainal Abidin Zain di Bagan Serai, Dewan Kerian Permai di Parit Buntar dan Dewan Perumahan Penjawat Awam Amanjaya, Lumut Kiri di Seri Manjung.

Katanya, penduduk yang berusia 18 tahun ke atas boleh mendapatkan vaksin secara 'walk-in' atau jumpa terus di kesemua PPV yang disenaraikan kecuali Stadium Indera Mulia di sini dan Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah yang hanya menerima individu berusia 40 tahun dan ke atas secara jumpa terus.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat PPV yang hanya menerima antara 200 hingga 300 orang sehari untuk diberikan vaksin menerusi kaedah itu. 

Mengikut statistik perkembangan PICK, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, seramai 1.58 juta jumlah pendaftaran diterima di Perak iaitu 84.9 peratus daripada jumlah populasi dan 1.3 juta orang telah diberikan vaksinasi dos pertama setakat Ahad lepas. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia