web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangkang Dukung Usaha Laksana Undi 18 - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:31PM

Anwar berkata soal teknikal dan perkara berkaitan peruntukan undang-undang tertentu tidak wajar dijadikan alasan sehingga melengahkan pelaksanaan Undi 18. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Pembangkang mendukung usaha dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan Undi 18 menjelang akhir tahun ini, kata ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata soal teknikal dan perkara berkaitan peruntukan undang-undang tertentu tidak wajar dijadikan alasan sehingga melengahkan pelaksanaan Undi 18.

“Pendirian kita ia (Undi 18) mesti dijalankan… bila saya jumpa PM (Perdana Menteri), saya juga tekankan bahawa hal ini perlu dijalankan, amanah ini iaitu memastikan Undi 18 diluluskan sebelum akhir tahun ini maknanya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.

Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata perkara itu (Undi 18) turut dibincang ketika perjumpaan wakil parti pembangkang bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau juga percaya jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapat arahan yang jelas, mereka mampu melaksanakannya dengan baik.

Pada 7 September lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilapor berkata SPR telah diarah melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember ini sebagai mematuhi keputusan mahkamah.

Mengulas kemelut politik di Negeri Sembilan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata kedudukan Aminuddin selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri kekal meskipun terdapat desakan meminta beliau digantikan.

“Dalam mesyuarat tadi, isu kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit, kita beri sokongan penuh, apa yang dibangkitkan adalah permintaan supaya beliau memberi perhatian kepada keperluan parti dan cabang-cabang untuk memperkukuh jentera menghadapi PRU15,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia