web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Muhyiddin, Dr Noor Hisham Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Rabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 12:08PM

Trak DHL Express yang membawa vaksin Pfizer-BioNTech dikawal ketat dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Pusat Simpanan Vaksin hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu ini, yang menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan digerakkan lebih awal daripada jadual asal.

 Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata pihaknya membuat keputusan untuk memulakan fasa pertama program imunisasi itu lebih awal berbanding yang dijadualkan pada 26 Februari.

"Kami buat keputusan permulaan program imunisasi COVID-19 diawalkan pada Rabu, 24 Februari dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan akan menerima suntikan vaksin pertama di Klinik Kesihatan Putrajaya," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech, di sini hari ini.

Turut akan menerima suntikan bersama-sama Muhyiddin dan Dr Noor Hisham pada Rabu ini adalah petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan bukan kesihatan, katanya.

Khairy berkata kecekapan dan kesediaan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) serta Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memastikan penghantaran dan penerimaan vaksin berjalan lancar, membolehkan program imunisasi itu dimulakan lebih awal.

"Kita awalkan sebab pada asalnya kita beri beberapa hari untuk pengedaran vaksin ke pusat penyimpanan vaksin. NPRA juga kena buat penilaian ‘log list’ kepada setiap penghantaran vaksin itu, mereka perlu memeriksa penghantaran bagi memastikan tidak ada apa-apa kerosakan.

"Tetapi apabila kita melihat kepada kecekapan NPRA, Bahagian Farmasi KKM dan semua orang bersedia, kita dah periksa pusat penyimpanan vaksin semua bersedia, Perdana Menteri berkata mulakanlah lebih awal, tidak perlu tunggu sehingga Jumaat (26 Februari)," katanya.

Menurut Khairy, jumlah barisan hadapan yang telah mendaftar untuk suntikan vaksin setakat ini adalah 571,802 orang, yang terdiri daripada sektor kesihatan dan sektor-sektor lain.

Menurutnya, 57.3 peratus daripada jumlah itu adalah anggota perubatan dan kesihatan manakala 42.7 peratus pula anggota bukan kesihatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan, Jabatan Penjara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan secara tiga fasa mulai bulan ini, dengan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.

Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula 1 Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela.

Menurut Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Malaysia memperoleh 66.7 juta dos vaksin COVID-19 melalui kemudahan COVAX dari lima pengeluar iaitu Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac), CanSinoBIO dan Sputnik V, sehingga bulan ini.

Mengenai kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang diterima hari ini, Khairy berkata 312,390 dos vaksin itu akan dihantar ke 16 pusat penyimpanan vaksin di seluruh negara iaitu enam di Selangor, Johor (empat), Kuala Lumpur (tiga), Pulau Pinang (dua) dan Putrajaya (satu).

Vaksin berkenaan akan dihantar menggunakan kenderaan darat dari Singapura ke Johor pada 2 petang ini dan ke Pulau Pinang melalui pesawat pada 6 petang, katanya.

Beliau berkata penghantaran keseluruhan vaksin keluaran syarikat farmaseutikal Pfizer itu akan dilakukan secara berperingkat, dengan kumpulan kedua dijangka tiba Jumaat ini diikuti setiap dua minggu sehingga negara menerima keseluruhan tempahan yang dibuat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Menantu Muhyiddin: SPRM Kemuka Dokumen Tambahan Untuk Lengkapkan Notis Merah Interpol

4

Politik 10 bulan yang lalu

Muhyiddin, Sila Bantu Siasatan SPRM, Dedahkan Lokasi Menantu - Fahmi

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Politik 7 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah