web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 7:56PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada masih mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak, terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Beliau berkata, pengambilan dos penggalak adalah mudah dengan hanya 'walk-in' atau melakukan janji temu di klinik kesihatan dan hospital.

"Stok vaksin kita mencukupi untuk (dos) penggalak dan sesiapa lagi yang hendak mengambil vaksin. Kita ada stoknya, terutama mereka yang mempunyai risiko dan kormobid," katanya dalam sidang media khas berhubung status terkini COVID-19 di sini, hari ini.

Sidang media itu juga disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli.

Ditanya bekalan Pfizer generasi baharu, Dr Muhammad Radzi berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) masih dalam proses perolehan dengan pengeluar.

"Kita masih dalam pemerolehan sebab benda ini baharu, versi baharu  monovalen. Proses akan ambil masa, dari segi bekalan agak susah sekarang," katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Muhammad Radzi berkata, vaksin sedia ada masih berkesan dan mampu melindungi masyarakat dari varian dan subvarian sedia ada.

Beliau berkata, KKM menjangkakan kes COVID-19 terus meningkat pada minggu akan datang memandangkan ia adalah fenomena global yang turut menyaksikan peningkatan mendadak.

Katanya, situasi itu masih terkawal dengan pemantauan ketat dan sebarang lonjakan kes akan berakhir dalam masa empat hingga enam minggu berdasarkan pengalaman dahulu.

Mengenai langkah diambil KKM di pintu masuk negara, Dr Muhammad Radzi berkata, masyarakat tidak perlu gusar mengenai kemasukan pelancongan asing, terutama warga China memandangkan pemantauan tidak mengesan sebarang varian baharu.

Sementara itu, Dr Norhayati berkata, KKM melaksanakan survelan persekitaran COVID-19 menggunakan air kumbahan pesawat sejak Jun 2022 sejajar dengan Fasa Peralihan ke Endemik negara.

Selain itu, beliau berkata, pengesan suhu turut ditempatkan di pintu masuk negara sebagai persediaan awal mengesan individu bergejala dan diasingkan untuk tindakan seterusnya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kingu Ginseng Candy: Lazada Diarah Padam Kandungan Iklan, Henti Penjualan 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Mula Jalani Fisioterapi Intensif Untuk Pulihkan Fungsi Tangan Kiri