web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kelebihan Dan Amalan Di Bulan Muharram

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau Hari Asyura.

Refleksi Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2024 8:47AM

- Gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar hijrah, dan tarikh 1 Muharram merupakan tarikh yang amat penting kepada umat Islam kerana ia merupakan hari permulaan kepada takwim tahun Islam. 

Muharram bermaksud ‘diharamkan atau dilarang’. Iaitu Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun larangan itu telah digugurkan selepas pembukaan Kota Makkah.

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau Hari Asyura. Berikut adalah antara kelebihan dan fadhilat 10 Muharram:

1. Bulan Yang Suci

Mengikut kalendar Islam, bulan Muharram termasuk di antara empat bulan haram atau suci selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab.

Hal ini tertulis dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 36 sebagai berikut:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

Ertinya : "Sungguh bilangan bulan pada sisi Allah terdiri atas dua belas bulan, dalam ketentuan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketentuan) agama yang lurus. Janganlah kamu menganiaya diri kamu pada bulan yang empat itu. Perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya. Ketahuilah bahwa Allah berserta orang-orang yang bertakwa." (Surat At-Taubah ayat 36).

2. Bulan Pahala Berganda

Di bulan Muharram Allah SWT melarang umat Islam untuk melakukan kezaliman. Amalan pada bulan Muharram akan mendapat pahala berlipat-ganda, begitu pula dengan dosa.

Maka alangkah baiknya jika Muharram diisi dengan kebaikan serta menjauhi semua larangan-Nya. Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menjelaskan,

ثُمَّ اخْتَصَّ مِنْ ذَلِكَ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ فَجَعَلَهُنَّ حَرَامًا، وعَظم حُرُماتهن، وَجَعَلَ الذَّنْبَ فِيهِنَّ أَعْظَمَ، وَالْعَمَلَ الصَّالِحَ وَالْأَجْرَ أَعْظَمَ.

Ertinya: Allah SWT mengkhususkan empat bulan haram dari 12 bulan yang ada, bahkan menjadikannya mulia dan istimewa, juga melipat gandakan perbuatan dosa di samping melipat gandakan perbuatan baik.

3. Nabi Musa A.S Diselamatkan Daripada Dikejar Tentera Firaun

Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa ini juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah umat Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.

4. Diampunkan Dosa Setahun Yang Lalu

Dari Abu Qatadah : Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda SAW :

 أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 

Maksudnya : Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu. (Riwayat Muslim (1162)

Kata Abdul Wahhab bin al-Khaffaf di dalam Kitab Al-Siyam: Telah berkata Qatadah: Dikatakan bahawa puasa ‘Asyura adalah kaffarah (pengampun dosa) bagi lelaki yang mengabaikan zakat hartanya. 

5. Allah Menerima Taubat Nabi Adam A.S

Nabi Adam A.S melanggar larangan Allah dengan makan buah Khuldi ketika berada di dalam Syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.

Menyesal dengan perbuatannya itu, Nabi Adam A.S telah berdoa dan doanya itu termaktub di dalam Al-Quran - “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.”

Allah menerima taubat Nabi Adam A.S pada 10 Muharram. 

Berikut adalah amalan yang disunnahkan di bulan Muharram seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.

1. Berpuasa

Sunnah berpuasa di bulan Muharam selama sebulan penuh. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah.

"Puasa yang paling utama setelah puasa di bulan Ramadhan adalah puasa di bulan Allah yang kalian sebut dengan Muharram." (Al-Baihaqi)

Hari pertama di bulan Muharram adalah awal tahun. Oleh itu, dianjurkan untuk berpuasa di hari pertama bulan Muharram dan juga berpuasa sehari sebelumnya (akhir tahun). Hal ini menunjukkan bahawa seorang mukmin mengawali sesuatu dan mengakhirinya dengan kebaikan.

2. Bersedekah 

Selain berpuasa, kita juga disunnahkan untuk memperbanyak sedekah dan menyenangkan atau memuliakan keluarga. 

Dalam sebuah hadits dari Abi Sa'id al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menyenangkan keluarganya di hari Asyura, maka Allah akan memberikan kesenangan kepadanya (meluaskan rezeki) di tahun-tahun berikutnya." (HR. Al-Baihaqi dan Ath-Thabarani).

3. Bertaubat Dan Memperbanyakkan Amal Ibadat

Di hari Asyura, dianjurkan untuk memperbaharui taubat serta kembali kepada Allah. Memang benar kita boleh bertaubat pada bila-bila masa, namun di hari Asyura, seperti yang telah disebutkan dalam sebuah hadis, terdapat hari di mana Allah memberikan pengampunan kepada sebuah kaum di bulan Muharam.

Aswad bin Yazid berkata, "Aku bertanya kepada Abin bin Amr tentang puasa Asyura. Dia barkata: Pada bulan Muharram ada hari ketika Adam diberi ampunan. Bila engkau mampu, berpuasalah pada hari itu." 

Hal senada dikuatkan oleh Abu Ishaq, yang mengatakan bahawa jika suatu kaum berbuat dosa, lalu mereka bertaubat pada hari itu, maka taubat mereka diterima. - Getaran, 5 Julai 2024

Rujukan : www.ukm.my / https://www.muftiwp.gov.my/ms/ 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Keistimewaan Muharam, Bulan Penting Dalam Kalendar Islam

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Gaya 7 jam yang lalu

Tempat Paling ‘Cool’ Untuk Bekerja Secara Jarak Jauh

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Tip Membeli Barang Dapur

Apakah persediaan wajar dilaksanakan semasa membeli barang dapur supaya anda berpuas hati dan mengikut bajet yang dirancang? Di sini kami senaraikan lima tip ya...

oleh Wartawan Gaya Hidup

Refleksi 1 hari yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

Jangan biarkan bulan Muharam yang bakal tiba berlalu sepi begitu sahaja. Berhijrahlah, bukan hanya dari segi amal ibadah tetapi juga dari seluruh aspek kehidupa...

oleh Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad