web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Maut Langgar Lembu, Bakal Pengantin Pergi Sebelum Hari Bahagia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2021 7:55PM

Lembu yang dilanggar oleh mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Niat suci seorang bakal pengantin untuk mendirikan rumah tangga berkecai, apabila dia maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 91.3 arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Bedong, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, mangsa dijadualkan melangsungkan perkahwinan 19 September nanti selepas tarikh asal pada Disember tahun lalu ditunda akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, motosikal Benelli 306 ditunggang Qhairul Idham Basharuddin, 27, merempuh seekor lembu di lorong kiri, hingga menyebabkan dia terpelanting ke atas cermin hadapan kereta Proton Persona yang berada di belakangnya.

“Pasangan suami isteri itu yang menaiki kereta tersebut, kedua-duanya berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kiri lebuh raya itu,” katanya.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anuar berkata, Proton Persona tersebut yang juga bergerak di lorong kiri turut terlanggar lembu sama, dipercayai datang dari bahu jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

Akibat kejadian itu katanya, mangsa yang bekerja sebagai pemandu kren meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk ujian saringan Covid-19 dan dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dengan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu bapa mangsa, Basharuddin Hussin, 61, memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan anaknya, malam tadi.

“Menjelang hari perkahwinannya nanti, semua perkara telah disiapkan. Kami sebenarnya hanya menanti masa untuk majlis dilangsungkan pada 19 September nanti selepas rancangan untuk dia berkahwin pada Disember tahun lalu, tertunda berikutan pandemik COVID-19.

“Namun hasrat itu tidak kesampaian kerana dia terlebih dulu ‘pergi’ semalam. Kami kehilangan seorang anak yang baik, penyayang dan bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

2

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Politik 3 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Semasa 4 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM