web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pan Borneo Siap Paling Awal September 2022 - Fadillah Yusof

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 3:30PM

Fadillah Yusof (tengah) meninjau tapak pembinaan projek LPB di Sarikei hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Rakyat Sarawak bakal menikmati jaringan jalan raya yang lebih selesa dan efisyen apabila keseluruhan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) siap sepenuhnya, dengan jangkaan paling awal pada September tahun hadapan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek itu juga akan menjadi pemangkin kepada sektor pembinaan dan pembangunan berpotensi tinggi, khususnya pusat komersil dan perindustrian yang mampu mewujudkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Menurut beliau, lawatan rasmi kali kedua dalam tempoh sebulan ini adalah susulan aduan rakyat berhubung prestasi pembinaan LPB, mencakupi jajaran antara Sarikei ke Bintulu.

"Selepas meninjau laluan LPB di Zon Utara antara Bintulu ke Miri pada 14 dan 15 Ogos lalu, hari ini saya meninjau pula keadaan pelaksanaan projek lebuh raya berkenaan di Zon Tengah iaitu antara Sarikei ke Bintulu merangkumi Pakej Kerja Pembinaan (WPC) 06, 07, 08 dan 09 di Sarikei, Sibu dan Bintulu.

"Tinjauan ini adalah sebagai langkah proaktif Kementerian Kerja Raya untuk bekerja bersama rakyat melalui tinjauan tapak dan sesi libat urus, selain memastikan keberkesanan pelan mitigasi pemulihan ekonomi Projek LPB Sarawak yang berimpak tinggi," katanya.

Fadillah terdahulu meninjau sesi libat urus prestasi pembinaan LPB- Sarikei ke Bintulu di sini hari ini.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, pemantauan yang dibuat bertujuan meneliti prestasi keseluruhan, kualiti pembinaan serta mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan pemimpin tempatan.

"Antara isu yang diteliti adalah kekangan pelaksanaan dan penyenggaraan serta keberkesanan pelan mitigasi yang sedang dilaksanakan, bagi memastikan kelancaran projek dalam tempoh penularan pandemik COVID-19.

"Fokus tinjauan kali ini ialah WPC 06 - Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor, sepanjang 64 kilometer, WPC 07 - Persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua (76 kilometer), WPC 08 - Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip (63 kilometer) dan WPC 09 - Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu Airport (65 kilometer)," katanya.

Beliau berkata, sehingga 25 Ogos 2021 prestasi pelaksanaan keseluruhan WPC ini adalah 70.83 peratus, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) terbaharu bagi sektor pembinaan, termasuk peningkatan kapasiti pekerja dan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi secara berperingkat.

"Ia berupaya menyuntik peningkatan positif terhadap prestasi pelaksanaan projek yang kini terganggu akibat penularan wabak COVID-19.

"Berhubung aspek operasi pembinaan, kualiti penyenggaraan semasa pembinaan di jajaran Sibu ke Bintulu turut dikenal pasti untuk ditambah baik dengan segera, merangkumi pembaikan berkala di kawasan lencongan trafik (traffic diversion), penambahan papan tanda jalan dan lampu tunjuk arah di kawasan kritikal, selaras dengan piawaian Road Safety Audit dan Traffic Management Plan ditetapkan," katanya.

Serentak dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda jalan dan had kelajuan khususnya di sepanjang kawasan pembinaan. - Getaran, 11 September 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia