web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Sebarang Kelulusan Aktiviti Tanah Di Bukit Tabur! - Menteri Besar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2021 7:44PM

Pendaki tidak dibenarkan mendaki Bukit Tabur namun jentera berat boleh naik ke puncak Bukit Tabur untuk menjalankan pembersihan hutan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kelulusan aktiviti tanah diberikan di Bukit Tabur di Taman Melawati, tegas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut Amiruddin berkata, semakan oleh kerajaan negeri, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah Gombak mengesahkan tiada kebenaran seumpama itu diberikan.

"Pihak penguatkuasa telah turun ke lokasi tersebut untuk menghentikan aktiviti dan menyita jentera yang terlibat.

"Kerja-kerja itu tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri dan dilakukan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya menerusi ciapan di Twitter.

"Kerajaan negeri mengalu-alukan aduan dari awam dan akan terus meningkatkan tahap penguatkuasaan," katanya lagi. 

Keadaan di atas puncak Bukit Tabur yang menunjukkan kerja-kerja pembersihan hutan dijalankan hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. - Gambar dari Facebook Peka
Keadaan di atas puncak Bukit Tabur yang menunjukkan kerja-kerja pembersihan hutan dijalankan hingga mencetuskan kemarahan orang ramai. - Gambar dari Facebook Peka

Semalam, Pertubuhan Pelindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA) memuat naik beberapa gambar di Facebook yang menunjukkan sebuah jengkaut sedang melakukan kerja-kerja meratakan kawasan Bukit Tabur yang kelihatan gondol.

Persatuan itu turut mempersoalkan kebenaran ke atas aktiviti pembersihan hutan di tanah tersebut, sedangkan pendaki sama sekali dilarang memasuki kawasan berkenaan. -  Getaran, 11 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia