web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDNHEP Cadang Sistem Subsidi Kawal Kenaikan Harga Ayam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 8:03AM

Rosol Wahid meninjau harga ayam di Pasar Awam Ajil, di Hulu Terengganu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) akan mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan sistem subsidi kepada 20 pengusaha ladang ayam di negeri ini sebagai usaha mengawal kenaikan harga bekalan makanan itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, cadangan itu akan dibawa ke Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

“Pelaksanaan sistem subsidi ini sama macam kita buat semasa untuk mengawal kenaikan harga minyak Jun lalu,” katanya kepada media selepas memantau harga ayam di Pasar Awam Ajil di sini.

Beliau berkata, cadangan itu juga dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada penternak ayam berkenaan isu tersebut semalam.

Rosol berkata, dalam pertemuan tersebut penternak memaklumkan kenaikan harga ayam tidak dapat dielak kerana peningkatan kos makanan ternakan dan pengangkutan, memandangkan ia diimport dari negara luar.

Namun beliau berkata, pelaksanaan sistem subsidi itu mungkin akan memakan masa kerana ada proses yang perlu diikuti.

“Kita cuba secepat mungkin tapi selewat- lewatnya kita cuba untuk masukkan dalam bajet tahun depan, kerana kerajaan juga banyak bebanan, kesan dari pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi,”

“Mekanisme bagaimana sistem subsidi ini akan dilaksanakan juga sedang diperincikan. Kajian juga sedang dilakukan untuk tetap harga subsidi supaya tak merugikan penternak dan tak membebankan rakyat," katanya.

Rosol memberi jaminan, tindakan akan diambil jika harga ayam masih melambung selepas itu.

“Jika harga ayam itu masih naik selepas diberikan subsidi, maka tindakan boleh dikenakan,” katanya,

Pada masa sama beliau beliau berkata, harga ayam tertinggi yang direkodkan setakat ini ialah RM11 bagi sekilogram di Gopeng Perak.

Jelas beliau, perkara itu diketahui hasil daripada pemantauan dibuat KPDNHEP menerusi program Ops Catut yang bermula sejak Khamis lepas di seluruh negara.

“Sehingga kelmarin, penguatkuasa KPDNHEP memeriksa sejumlah 63 premis pengeluar, pemborong dan peruncit di seluruh negara.

“Sejumlah 63 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dan 56 Notis Bertulis  (NB) dikeluarkan kepada peniaga untuk siasatan lanjut sekiranya berlaku unsur pencatutan dalam jualan ayam hidup,” katanya. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia