web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berlabuh Secara Haram, 2 Kapal Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Sep 2021 8:52PM

Dua kapal yang ditahan APMM Negeri Johor pada Khamis dan semalam. - Gambar oleh APMM Negeri Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Disyaki berlabuh tanpa kebenaran, dua kapal kargo dan tangki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di lokasi berhampiran pada dua hari berbeza. 

Dua kapal berkenaan ditahan dalam Op Jangkar Haram di kedudukan 15 batu nautika timur laut Tanjung Penawar di sini, masing-masing pada Khamis lalu dan semalam. 

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penahanan pertama pada Khamis lalu membabitkan kapal kargo  didaftarkan di Liberia yang dikendalikan 22 kru warga Filipina.

"Semua kru berusia antara 24 hingga 50 tahun dan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah," katanya di sini, hari ini. 

Anggota APMM menjalankan pemeriksaan di atas kapal yang ditahan selepas disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor. - Gambar oleh APMM Johor
Anggota APMM menjalankan pemeriksaan di atas kapal yang ditahan selepas disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor. - Gambar oleh APMM Johor

Beliau berkata, sebuah kapal tangki yang berdaftar di Vietnam pula ditahan tidak jauh dari lokasi tangkapan pertama, semalam.

"Kapal tangki ini membawa 27 kru warga Vietnam berusia antara 20 hingga 47 tahun serta mempunyai pengenalan diri yang sah," katanya. 

Nurul Hizam berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua nakhoda kapal mendakwa tidak menyedari mereka berlabuh di dalam perairan Malaysia, dan pemeriksaan mengesahkan, keduanya tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran berlabuh dari Pengarah Laut Malaysia.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia