web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Sarawak Terus Melonjak, Lepasi Angka 3,000 8 Hari Berturut-Turut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 9:07PM

Seorang petugas kesihatan memberikan penerangan kepada seorang warga emas untuk mendapatkan borang perintah kuarantin kontak rapat di lokasi parkir berhampiran Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), baru-baru ini. - Gambar fail Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak merekodkan 5,291 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 156,798.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata, ini merupakan jumlah tertinggi dicatatkan di Sarawak, sekali gus merekodkan bilangan kes harian melepasi angka 3,000 buat kali kelapan berturut-turut, sejak 5 September lalu. 

Menurut beliau, jumlah tersebut diperoleh daripada 28,065 keputusan sampel yang merekodkan purata kes positif sebanyak 18.8 peratus, berbanding 14.5 peratus sebelumnya 

"Ini menunjukkan kejadian penularan ini telah berlaku secara meluas dalam komuniti. Peningkatan kes harian turut membawa kepada pertambahan aktiviti pengesanan aktif kontak di semua bahagian di Sarawak, khususnya di lokaliti yang memiliki kluster aktif. 

"Bilangan sampel yang tinggi ini telah membebankan kapasiti makmal sedia ada, justeru memanjangkan tempoh masa diperlukan untuk memperolehi keputusan ujian (‘turn-around-time’) walaupun melalui penyumberluaran telah dilaksanakan," katanya hari ini.

Dr Mohamed Sapian berkata, ini mengakibatkan banyak sampel tertunggak, termasuk yang melebihi lima hari.

"Walaupun terdapat tunggakan, semua kontak yang berisiko telah diberi Home Surveillance Order (HSO) bagi mengelakkan penyebaran dalam komuniti. 

"Daripada semua kes baharu yang dikesan pada hari ini, 99.9 peratus berada pada tahap kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (mempunyai gejala yang ringan) semasa dikesan positif," ujarnya.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang dan akan terus menjalankan pemantauan bagi menilai situasi semasa COVID-19 di negeri itu.

"Segala langkah penambahbaikan dijalankan mengikut situasi semasa dan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) Antigen akan digunakan dengan lebih meluas di seluruh Sarawak bagi mengenalpasti kes positif dengan segera, agar tindakan kawalan dapat dilakukan secara lebuh pantas. 

"Perancangan strategi mitigasi sedang dirangka dan strategi terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat setelah dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia