web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Pemburu Haram Ditahan, 2 Bakakuk Antara Yang Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2021 8:52PM

PGA menahan 5 lelaki yang dipercayai terlibat dengan aktiviti pemburuan haram di kawasan hutan Jalan Kalabakan - Sapulut, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Lima lelaki dipercayai terlibat dengan aktiviti pemburuan haram di kawasan hutan Jalan Kalabakan - Sapulut ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Abduh Ismail berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 43 tahun itu ditahan menerusi pelaksanaan Op Bersepadu Khazanah (OBK) lebih kurang jam 10.11 malam semalam.

Menurut beliau, penahanan kesemua suspek turut membawa kepada rampasan dua senjata api buatan sendiri (Bakakuk) dan 35 butir peluru hidup.

"Ketika anggota Tiger Platoon Batalion 14 PGA menjalankan OBK bersama Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), mereka telah mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang diparkir di bahu jalan.

"Pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menjumpai lima lelaki dalam keadaan yang mencurigakan," katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Abduh, pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan dua laras Bakakuk, 35 butir peluru hidup, tiga kelongsong serta beberapa peralatan lain.

"Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau bersama rampasan  untuk siasatan lanjut.

"Semua rampasan termasuk Toyota Hilux itu berkenaan dianggarkan bernilai RM143,575," katanya..

Siasatan lanjut jelas beliau, masih dijalankan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. - Getaran, 13 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia