web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Dalam Keadaan Terkawal - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 9:09PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam di negara berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya masih belum mengesan atau menerima sebarang maklumat mengenai sebarang bentuk ancaman keselamatan.

Katanya, orang ramai diminta untuk tidak gusar dan atau membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal pada tahap terbaik. 

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat ketenteraman awam serta keharmonian di negara ini,” katanya hari ini.

Acryl Sani menyatakan demikian bagi mengulas laporan media tempatan dan antarabangsa berhubung amaran dikeluarkan Kedutaan Jepun di Malaysia, terhadap kemungkinan berlaku serangan pengganas ke atas rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara ASEAN.

Selain Malaysia, Jepun juga mengeluarkan amaran sama kepada warganya yang berada di Thailand, Filipina, Singapura, Indonesia dan Myanmar. - Getaran, 13 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia