web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Operator Jengkaut Tertimbus Dibawa Keluar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 7:47PM

Beberapa anggota Bomba mengeluarkan mayat Anthony Kanna, yang maut selepas tertimbus dalam runtuhan batu sebuah kuari di Kampung Tanjung Durian, Seniawan, Bau, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAU - Mayat operator jengkaut yang maut selepas tertimbus  dalam runtuhan batu sebuah kuari di Kampung Tanjung Durian, Seniawan, di sini petang semalam, dibawa keluar hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Tawang Lingem berkata, mayat Anthony Kanna, 48, yang tersepit di bahagian tempat duduk jentera berkenaan berjaya dibawa keluar jam 12.23 tengah hari tadi.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bersambung semula jam 8.45 pagi tadi dalam keadaan hujan di tempat kejadian.

"Kerja-kerja pemindahan batu besar dilakukan empat buah jengkaut milik syarikat kuari.

"Bahagian tangki minyak iaitu kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan badan jengkaut yang tertimbus akhirnya ditemui jam 10.32 pagi, sebelum pasukan penyelamat berjaya mengesan sebahagian tempat duduk mangsa," katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berdepan kesukaran berikutan kedudukan batu besar itu yang masih berada di atas jengkaut. 

"Pihak bomba perlu sentiasa memantau keselamatan petugas di lokasi.  semasa kerja-kerja memindahkan batu besar dilakukan pihak kuari.

"Turut serta dalam operasi SAR ini ialah pihak polis dan  25 petugas Syarikat Holly Stone Quarry," ujarnya.

Tawang berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian petang semalam, Anthony ditimpa runtuhan batu ketika sedang bertugas meratakan kawasan di kuari berkenaan.

Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau menerima laporan berhubung kes itu pada jam  3.18 petang dan menggerakkan  sembilan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)  ke lokasi kejadian.

Getaran diberitahu, tindakan mengebom batu terpaksa diambil bagi membolehkan misi membawa mayat mangsa dilakukan. - Getaran, 14 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia