web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kawal Keadaan Di Hadapan Pejabat Polis Jalan Stesen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Sep 2021 9:01PM

Tular di media sosial warga asing beratur tanpa mengikut SOP dan penjarakan fizikal di Pejabat Pos Jalan Stesen sehingga mengakibatkan kecaman ramai. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis Klang Selatan telah mengawal keadaan di hadapan Pejabat Pos Jalan Stesen, Klang susulan tular video sekumpulan warga asing yang berkumpul di pejabat itu hari ini tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 8.30 pagi tadi daripada Pengurus Pejabat Pos Klang memaklumkan sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan pejabat itu dan keadaan menjadi tidak terkawal apabila mereka tidak mengikut SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal. 

Shamsul Amar berkata kehadiran warga asing di lokasi berkenaan dianggarkan seramai 130 orang dari awal pagi untuk mengambil pasport yang telah siap memandangkan pihak kedutaan Bangladesh telah melantik Pos Malaysia Klang sebagai ejen untuk membolehkan warganegara mereka mengambil pasport yang telah diperbaharui.

“Pihak polis dari pasukan pematuhan SOP Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang diketuai Insp Mohd Shaipudin Mohamed telah hadir di lokasi kejadian dan berjaya meredakan keadaan tidak terkawal itu. 

“Pasukan pemantau dan pematuhan SOP IPD Klang Selatan juga akan ditugaskan untuk membantu mengawal keadaan di Pos Malaysia Cawangan Klang bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia