web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 PATI Ceroboh Sarawak Guna Lorong Tikus Diusir Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 10:26AM

8 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak diusir selepas cuba memasuki Sarawak menerusi lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu, semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang kanak-kanak antara lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga negara Indonesia yang diusir ketika cuba memasuki Sarawak melalui lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu sekitar 300 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia, semalam.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Satu Divisyen berkata, kesemua mereka dikesan cuba memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia, oleh sepasukan anggota Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) yang sedang melaksanakan serang hendap dalam Op Benteng di kawasan berkenaan pada jam 7.30 pagi.

Menurutnya, setelah ditahan dan disoal siasat, lapan PATI terdiri daripada empat lelaki, tiga wanita bersama seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka memberitahu, tujuan memasuki Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan," katanya.

Katanya, kesemua PATI tersebut ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia, manakala laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

"Tentera Darat khususnya di Sarawak amat komited dalam menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng.

"Op Benteng dilakukan dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan setiap masa," tegasnya. - Getaran, 16  September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia