web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Sijil Palsu Vaksin Mengganas, Media Sosial Gelanggang Jualan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 3:24PM

Tangkap layar iklan jualan sijil vaksinasi palsu.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan kepada golongan yang sudah melengkapkan dos imunisasi masing-masing menyebabkan kumpulan anti vaksin semakin terdesak.

Mereka bahkan sanggup bertindak di luar batas perundangan dengan membeli sijil digital palsu, semata-mata kerana mahu menikmati kelonggaran diberikan.

Perilaku tidak bertanggungjawab ini sekali gus membuka ruang untuk penjualan sijil digital vaksin palsu menjadi semakin rancak, khususnya di media sosial.

Dengan membayar antara RM400 sehingga RM1,500, golongan anti vaksin kini kembali merdeka apabila berpeluang mendapatkan sijil digital palsu.

Tinjauan Getaran mendapati, sindiket yang menjual produk untuk mengaburi mata pihak berkuasa tersebut mengiklankan tiga jenis sijil palsu kepada pelanggan.

Sijil digital vaksin palsu paling murah dijual pada harga RM400, yang turut dikenali sebagai sijil klon kerana membabitkan penggunaan identiti individu lain.

Sijil tersebut memaparkan maklumat peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan yang berlainan dengan maklumat asal pembeli.

Iklan sijil terbabit turut memberi amaran, sebarang pembelian adalah di atas risiko sendiri.

“Ia berisiko jika ada pemeriksaan,” kata iklan itu yang dilampirkan dalam kumpulan maya sebuah aplikasi media sosial.

Sijil paling mahal pula dijual pada harga RM1,500 dan dilengkapi dengan maklumat tulen pembeli seperti nama serta nombor telefon.

“Ia boleh digunakan di semua tempat dan boleh melepasi pemeriksaan oleh pihak penguat kuasa.

“Bagi mereka yang memesan lebih daripada lima sijil, harga setiap satu akan dikurangkan sehingga RM1,200,” jelas iklan itu.

Selain daripada sijil digital palsu, sindiket terbabit juga menjual pil ivermectin, ubat cacing kepada haiwan ternakan yang didakwa mampu melawan jangkitan COVID-19 pada harga RM55 sepapan, atau RM450 sekotak yang mengandungi 10 papan.

Bulan lalu, Ketua Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Datuk Dr Mohd Rushdan Mohd Noor turut mendedahkan penjualan sijil digital vaksin berkenaan, yang disasarkan khas kepada golongan anti vaksin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Mohd Rushdan memberitahu, sijil tersebut dijual pada harga RM15 dan ia dilengkapi maklumat palsu seperti gambar pemilik sijil, tarikh serta lokasi dos vaksin yang kononnya diberikan pada pembeli. - Getaran, 18 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia