web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sindiket Bitcoin Didalangi Warga China Tanpa Dokumen Tumpas

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 8:01AM

Ketua Pengarah Jabatan ImiRuslin Jusoh (tengah) memeriksa dokumen warga asing yang ditahan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan rumah kedai di Cheras.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi hasil aduan dan risikan selama sebulan, bermula pada 10 malam tadi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

"Pasukan operasi telah diatur gerak ke sebuah premis lot perniagaan dan berjaya menahan dua lelaki warganegara China berusia 28 dan 33 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis dan juruteknik membaik pulih mesin Bitcoin.

"Semasa serbuan dijalankan, kedua-dua individu tersebut gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dokumen perjalanan asal dipercayai disimpan oleh pihak ejen," katanya.

Ruslin berkata pasukan operasi telah merampas wang tunai berjumlah RM12,600,30 unit mesin Bitcoin, dua unit mesin cooler Bitcoin, dua unit CPU komputer, satu unit komputer riba dan dua set peralatan testing.

"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menjalankan aktiviti perlombongan wang digital secara haram dengan menggunakan papan tanda perniagaan tinted kenderaan bagi mengelakkan aktiviti tersebut dihidu pihak berkuasa," katanya.

Menurut Ruslin, sasaran sindiket ini adalah warga China dan penduduk tempatan selain menyediakan perkhidmatan membaiki dan servis mesin Bitcoin untuk pasaran tempatan manakala bayaran bagi perkhidmatan servis itu dianggarkan antara RM100 hingga RM200 bagi setiap mesin.

Sindiket ini telah beroperasi sejak enam bulan lepas dan mampu menjana pendapatan sekitar sehingga RM100,000 sebulan.

Kedua-duanya disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 serta ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut, katanya.

Sementara itu seorang lelaki Bangladesh yang dikenal pasti bertindak sebagai dalang utama menjadi orang tengah urusan pekerja asing adalah antara enam warga asing yang ditahan menerusi satu operasi jabatan itu di sebuah premis di Ampang, Selangor pada 17 Januari lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

4

Semasa 5 bulan yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI

Semasa 21 jam yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024